Padang Arafah
Padang Arafah merupakan daerah terbuka dan luas yang terletak di sebelah timur luar kota suci Makkah, disinilah umat Islam menunaikan rukun wukuf. Wukuf di padang Arafah merupakan salah satu rukun haji, bagi mengingati kembali peristiwa di mana Nabi Adam a.s. dan Hawa telah diturunkan ke bumi dari syurga atas sebab mengingkari perintah Allah dan terpedaya oleh tipu daya Iblis.
Mereka telah dipisahkan di dunia ini dan mengambil masa 40 tahun untuk
bertemu kembali. Tempat pertemuan mereka adalah di Padang Arafah iaitu
di Jabar Rahmah. Di sinilah bertahun-tahun mereka memohon ampun daripada
Allah.
Akhirnya permohonan mereka diterima Allah.Wukuf di Padang Arafah pada 9
Zulhijjah bererti berhenti seketika di padang itu.Berada di padang
Arafah dalam suasana hangat dan panas terik memberi peringatan awal
kepada umat Islam mengenai keadaan di padang Mahsyar di mana semua
manusia tanpa mengira bangsa,pangkat atau kedudukan akan dihimpunkan
untuk menerima pengadilan berdasarkan amalan makruf dan mungkar mereka
semasa di dunia.
Langganan:
Posting Komentar (Atom)
Tidak ada komentar:
Posting Komentar